Butiran Biasiswa Pendidikan The Star 2018
Setiap tahun, The star berkolaborasi
dengan institusi-institusi pendidikan terbaik dalam menyediakan tawaran
biasiswa kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke
peringkat lebih tinggi. Biasiswa ini ditawarkan untuk semua disiplin
pengajian bermula daripada peringkat pra-universiti, ijazah sarjana
muda.
Apa yang menariknya, sekiranya anda
memperolehi biasiswa ini anda tidak terikat dengan institusi yang
memberi biasiswa ini selepas menamatkan pengajian kelak.
+Kriteria
Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah
- Warganegara Malaysia, berumur tidak lebih daripada 25 tahun.
- Aktif dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum.
- Tidak menerima atau terikat dengan mana-mana biasiswa daripada mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
- Memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM/UEC atau setarafnya dengan (bagi kursus Asasi dan diploma).
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM/UEC atau setaraf dengannya (bagi kursus ijazah sarjana muda).
+Disiplin
Sila klik di sini untuk melihat universiti senarai universiti dan kursus yang ditawarkan di bawah biasiswa ini.
Maklumat Am
Tidak Dinyatakan.
Cara memohon Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018
- Muat turun borang permohonan dari thestar.com.my/edufund.
- Lengkapkan Borang Permohonan Biasiswa dan hantar ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
- Pemohon biasiswa yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
- Sila ambil perhatian bahawa biasiswa hanya meliputi institusi-institusi dan kursus-kursus yang disenaraikan sahaja.
- Permohonan mestilah sampai dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan SPM dan STPM diumumkan. Permohonan yang dihantar lewat tidak akan dilayan.
- Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :
The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Alamat:
The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor
Phone:
0379671388
Email:
edufund@thestar.com.my | Close Date : 31 March 2018