PERAK STATE GOVERNMENT EDUCATION LOAN 2019
PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI KERAJAAN NEGERI PERAK
Pinjaman ini bertujuan memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.
Jenis : Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (Tanpa Faedah)
KADAR PINJAMAN
PERINGKAT PENGAJIAN | KATEGORI | KADAR SETAHUN (RM) |
---|---|---|
DIPLOMA | 5,000 | |
IJAZAH / SARJANA MUDA | SAINS | 6,500 |
SASTERA | 6,000 | |
IJAZAH SARJANA | TEMPOH TAJAAN 2 TAHUN (BERMULA DARI TARIKH KEMASUKAN UNIVERSITI) | 10,000 |
IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) | TEMPOH TAJAAN 3 TAHUN (BERMULA DARI TARIKH KEMASUKAN UNIVERSITI) | 15,000 |
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak
2. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun
3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun
4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa
5. Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);
6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00

7. Umur pemohon pada tahun semasa mestilah:
- DIPLOMA - Tidak melebihi 26 tahun (41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)
- IJAZAH / SARJANA MUDA - Tidak melebihi 36 tahun (41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)
- IJAZAH SARJANA - Tidak melebihi 36 tahun (40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)
- IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) - Tidak melebihi 36 tahun (40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)
KADAR BAYARAN BALIK
JUMLAH PINJAMAN | ANSURAN BULANAN |
---|---|
RM0 - RM10,000 | RM150 |
RM10,001 - RM20,000 | RM200 |
RM20,001 - RM30,000 | RM250 |
RM30,001 - RM40,000 | RM300 |
RM40,001 - RM50,000 | RM350 |
- Setiap RM10,000, kadar bayaran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50.00
- Peminjam di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang bergraduasi dengan Ijazah Kelas Pertama, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.
KAEDAH MEMOHON
Semua permohonan boleh dibuat melalui aplikasi berikut :
- http://spptp.perak.gov.my atau
- laman web Kerajaan Negeri Perak iaitu di www.perak.gov.my
Pengambilan UNITEN : Mac / Mei / Oktober
Tarikh Tutup : 28 Februari 2019 | APPLY NOW!!