Untuk makluman menerusi portal MAIPk, sukacitanya MAIPk akan membuka tawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal khusus bagi pelajar Tingkatan 1, 4 dan 5 bagi sesi persekolahan 2019. Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang cemerlang di bawah asnaf Fakir dan Miskin seluruh negeri PERAK. 

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2019 boleh dibuat secara online bermula 17 Disember 2018 hingga 31 Januari 2019.

Bagi Anak-anak asnaf yang berkelayakan boleh membuat permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk dimana anda akan dibiayai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pembiayaan berjumlah RM 1,000.00 seorang/setahun dengan syarat mereka mestilah mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan.


PERMOHONAN SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPK 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK bagi persekolahan tahun 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

SYARAT SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPK

1. Bermastautin di negeri Perak.
2. Asnaf fakir dan miskin.
3. Pelajar Tingkatan 1 (2019)
i. Minimum 3A 3B peperiksaan UPSR 2018
ii. Minimum 3A 2B peperiksaan SPI 2018
4. Pelajar Tingkatan 4 (2019)
i. Minimum 6A peperiksaan PT3 2018
5. Pelajar Tingkatan 5 (2019)
i. Minimum 6A peperiksaan akhir Tingkatan 4 2018

CARA PERMOHONAN SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPK 2019

Sekiranya berminat boleh dapatkan borang di pejabat baitulmal terdekat atau muat turun dokumen seperti link dibawah.
Aplikasi Permohonan : http://www.maiamp.gov.my
Atau anda juga boleh dapatkan borang di Pejabat Pentadbiran Daerah MAIPk.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai di talian 05-208 4000.