A.
PENGENALAN PROGRAM
Biasiswa MyBrainSc
terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti
pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa
dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan
Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan
universiti terkemuka luar negara.
Program ini merupakan
salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda
yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia
dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
B.
OBJEKTIF PROGRAM
§ Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains
tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;
§ Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi
bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran
tinggi;
§ Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang
bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel
Laureate; dan
§ Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub
kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence)
di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.
C.
BIDANG PENGAJIAN
§ Fizik
§ Biologi
§ Kimia
§ Matematik
D.
SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat
permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:
1)
Kedoktoran (Ph.D);
§ Calon adalah warganegara Malaysia;
§ Berumur tidak melebihi 35 tahun pada
31 Disember 2019;
§ Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya
PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau
setara dengannya dalam bidang sains tulen;
§ Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak
dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja
bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
§ Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana
sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di
tawarkan biasiswa ini;
§ Calon yang sedang mengikuti pengajian di
peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
§ Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti
pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara
berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
2)
Sarjana;
§ Calon adalah warganegara Malaysia;
§ Berumur tidak melebihi 28 tahun pada
31 Disember 2019;
§ Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains
tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama
dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
§ Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak
dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja
bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
§ Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor
awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan
biasiswa ini;
§ Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan
dan sepenuh masa; dan
§ Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat
Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen
sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang
telah ditetapkan oleh Kementerian.
3)
Ijazah pertama;
§ Calon adalah warganegara Malaysia;
§ Umur tidak melebihi 21 tahun pada
31 Disember 2019;
§ Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan
ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600
untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan
4A dalam A Level;
§ Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma,
Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
§ Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang
biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
E.
PERJANJIAN
Calon yang layak akan
dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung
kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak
menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;
§ Calon diberhentikan oleh institusi pengajian
kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang
digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
§ Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa
kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian.
F.
PERMOHONAN
§ Permohonan dibuka mulai pada 25 Januari 2019 Jam 4 Petang sehingga 10 Februari 2019 Jam 11.59
Malam.
§ Permohonan perlu dibuat secara dalam talian
(online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/.
§ Permohonan perlu dibuat secara dalam talian
sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di
atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak
akan diproses.
§ Pemohon hendaklah memastikan rancangan
penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal
penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
§ Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam
Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran
(TPP).
§ Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu
diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF
dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen
yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
§ Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
§ Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
§ Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh
mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui
sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua
Masyarakat.
§ Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah
seperti berikut:
i)
Permohonan peringkat Ijazah Pertama :
o Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
o Gambar berukuran passport.
o Slip Keputusan SPM.
o Transkrip penuh
Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-level/Diploma/SAT.
o Surat Tawaran Universiti (jika ada).
ii)
Permohonan peringkat Ijazah Sarjana :
o Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
o Gambar berukuran passport.
o Slip Keputusan SPM.
o Transkrip penuh Ijazah Pertama.
o Rancangan penyelidikan yang telah disahkan
oleh penyelia.
o Surat Tawaran Universiti (jika ada).
iii)
Permohonan peringkat PhD :
o Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
o Gambar berukuran passport.
o Slip Keputusan SPM.
o Transkrip penuh Ijazah Pertama.
o Skrol Ijazah Sarjana.
o Rancangan penyelidikan yang telah disahkan
oleh penyelia.
o Surat Tawaran Universiti (jika ada)
G.
KAEDAH PEMILIHAN
§ Ujian saringan bagi mengenalpasti
kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
§ Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang
dilantik.
Read more about the scholarship here | APPLY NOW!!! | PLZ SHARE.... TQ
Read more about the scholarship here | APPLY NOW!!! | PLZ SHARE.... TQ