TAWARAN BIASISWA KHAS DATO` MENTERI BESAR SELANGOR (TKWBNS) &
DERMASISWA ZAKAT (MAIS)
BIDANG PENGAJIAN ISLAM, BAHASA ARAB DAN PERBANKAN ISLAM
KE UNIVERSITI  DI MESIR DAN JORDAN SESI 2019/2020
SYARAT AM
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:        
  1. Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.
SYARAT KHUSUS
MESIR (PENGAJIAN ISLAM/BAHASA ARAB)
STAM (  2018  )
  • Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris SERTA sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran  Bahasa Arab.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil  Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

MESIR (TAKHASUS  QIRAAT)
DIPLOMA ( 2018 ke atas )
  • Memiliki sekurang-kurangnya CGPA 2.5 dalam Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau    mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh JPA dan Maahad Qiraat Syubra atau Maahad Lilbanat  Mansurah; ATAU
  • Menggunakan keputusan semester 5 jika belum mendapat transkrip penuh akademik dengan memiliki sekurang-kurangnya CGPA 2.5 Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau   mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh JPA dan Maahad Qiraat Syubra atau Maahad Lilbanat  Mansurah ; DAN
  • Kepujian dalam SPM bagi  mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; DAN                            
–       kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Arab TinggiPengajian Syariah Islamiah, Pengajian al-Quran dan as-Sunnah bagi sekolah aliran agama; ATAU
–       kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi bagi sekolah aliran biasa.
MESIR (ULUM ISLAMIAH)
SPM (2018)
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kepujian sekurang-kurangnya Gred B bagi semua mata pelajaran yang diambil; DAN
  • Sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah; SERTA
  • Sekurang-kurangnya memperolehi kepujian bagi mata pelajaran selebihnya DAN
–       Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Tahfiz al-Quran (SKTQ) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) atau yang setaraf dengannya ; ATAU
–       Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya
JORDAN (PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB / PERBANKAN ISLAM)
SPM (2018)
  • Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah; SERTA
  • Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  • Bagi Perbankan Islam sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip AkaunMatematik Tambahan dan Matematik.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz AlQuran ( SMATQ ) dari  Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau  yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya
CARA MEMOHON:
1. Borang permohonan boleh didapati bermula di
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A  hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Unit Pengajian Tinggi,Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
3. Tarikh tutup permohonan:
a) STAM  – 9 Februari 2019 (Jumaat).
b) SPM    – 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
                  dikeluarkan.  
4. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
5. Pemohon yang  menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.
6. Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga.
7. Sekiranya pemohon  tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap  tidak berjaya.
8. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi ditalian:
a) Unit Pengajian Tinggi , Jabatan Agama Islam Selangor- 03 55143576
b) Urus setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) – 03 55447484/
03 55212275
c) Talian Zakat Selangor – 1300 88 4343
9. Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sumber : Biasiswa.Index.My