Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan satu anugerah daripada kerajaan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendapat keputusan yang cemerlang disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 2018

Permohonan ini dikhususkan kepada murid Tingkatan 1 hingga 5 dan 6 Atas sahaja dan dibuka bermula daripada 15 Februari 2018 hingga 31 Mac 2018.

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 2018 termasuk aplikasi online dan cara hubungi :

● Tarikh Permohonan: 15 Februari hingga 31 Mac 2018
● Aplikasi Permohonan: https://apb1.moe.gov.my/

Syarat Kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP 

Antara syarat-syarat dan kriteria kelayakan BKP adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia.
2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
3. Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah.
4. Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan.
5. Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan

Cara Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 2018 Online 

1. Bagi yang ingin memohon Biasiswa BKP 2018 boleh layari ke portal rasmi KPM di pautan https://apb1.moe.gov.my/.
2. Kemudian, anda perlu muat turun borang permohonan dan lampiran penting melalui pautan dibawah:

Borang Permohonan Penyata Akuan Pelajar
Surat Persetujuan - Aku Janji
Borang Permohonan Biasiswa BKP BKPU

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Bahagian Pengurusan BKP:
1. Pn. Azita Binti Ab Aziz
Emel: azitaaziz@moe.gov.my
2. Pn. Hasnah binti Ismail
Emel: hasnah.i@moe.gov.my
No. Tel: 03 - 8889 7081